Taklimat Balanced Scorecard (BSC) 2016
15 Februari 2016 – Taklimat telah disampaikan oleh En. Mazlifendirizan Md Rejab, Timbalan Pengarah, PPKT Kampus Kejuruteraan di Bilik Seminar MAPITA@PPKT selepas acara Perutusan Tahunan CIO/Pengarah PPKT 2016. Tujuan taklimat BSC ini diadakan adalah bagi mendedahkan semua staf PPKT di semua kampus serta peringkat dan lokasi bertugas, terhadap kaedah penggunaannya bagi menentukan indeks prestasi staf (IPStaf) di penghujung tahun. Ini bersesuaian dengan saranan pihak pengurusan tertinggi PPKT yang telah menetapkan penggunaan BSC untuk semua staf PPKT akan dimulakan pada 2016.
Beliau telah menggariskan kaedah terbaik pelaksanaannya pada kali ini, dengan menekankan kepada perkara-perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh staf selaku pegawai yang dinilai (PYD), pegawai penilai pertama (PPP) dan pegawai penilai kedua (PPK) berdasarkan format borang LPP. Penentuan skop atau bidang tugas staf di peringkat permulaan tahun serta sasaran yang ingin dicapai berdasarkan halatuju seksyen/unit/perkhidmatan yang telah ditetapkan. Pengukuran akan menjadi lebih objektif berdasarkan tahap pelaksanaan dan pencapaian dari masa ke semasa, yang akan dipantau dan dikemaskini oleh staf dan penyelianya. Sistem permakahan yang lebih adil juga ditekankan supaya ianya menjadi lebih seimbang dan adil kepada staf yang dinilai. Sesi latihan atau ‘coaching’ akan disediakan dari masa ke semasa untuk staf lebih mendalami dan memahami penggunaan Sistem IPStaf tersebut.
Teks & Foto: Abdul Rashid