Skip to main content

Lawatan UUMIT ke PPKT USM

UUMIT 4 pics 180216

18 Februari 2016 – Satu delegasi seramai 35 orang staf Pusat IT Universiti Utara Malaysia (UUMIT) yang diketuai oleh En. Kamarudin Abdullah, Pengarah UUMIT, telah berkunjung ke PPKT. Rombongan pelawat yang tiba hampir jam 11.30 pagi itu telah disambut oleh para pegawai PPKT di foyer Kompleks Eureka. Sesi lawatan ini dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengarah PPKT dan seterusnya sesi taklimat dan berkongsi maklumat berkaitan:

  1. Sistem-Sistem Aplikasi Akademik dan Pentadbiran USM
  2. E-Learn@USM
  3. Web & Mobile Apps USM
  4. Infrastruktur & Rangkaian ICT
  5. Keselamatan ICT

Di akhir sesi taklimat tersebut, En. Kamarudin telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PPKT dan USM yang telah sudi menerima kunjungan mereka dan menjemput pihak PPKT ke UUM, Sintok, di masa akan datang. Selepas jamuan makan tengah hari dan solat zohor, pihak UUMIT telah membuat lawatan ke Pusat Data USM di Bangunan D18. Seterusnya meninjau dan berbincang berkaitan perkhidmatan ServisDesk@PPKT dan kaunter perkhidmatan WiFi di Bangunan D37. UUMIT juga telah berkesempatan melawat Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM. Pada jam 5.30 petang pula, perlawanan persahabatan bolasepak (lelaki) dan bolajaring (wanita) telah diadakan bagi mengeratkan tali silaturrahim melalui semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh para pemain dari kedua-dua belah pihak, PPKT USM dan UUMIT.

                                                  

Teks : Abdul Rashid

Foto: Ikhwan/Arif