Skip to main content

Persiapan e-Pilih Majlis Perwakilan Pelajar 2016

e Pilih2016

10-12 Oktober 2016 - Aktiviti Pemilihan Ahli-Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sidang Akademik 2016/2017 akan dilaksanakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di 4 pusat pemilihan di Kampus Induk dan satu pusat pemilihan bagi setiap Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Seramai 14,315 pemilih berdaftar layak memilih pada kali ini. Pihak PPKT telah menyediakan, untuk julung kalinya, Sistem e-Pemilih dan Sistem e-Pilih bagi membantu pihak USM menjalankan aktiviti pemilihan MPP ini secara atas talian (on-line). Kesemua pusat pemilihan dihubungkan dengan pelayan (server) terpusat di Dewan Utama Pelajar (DUP) ‘B’ melalui Virtual Private Network (VPN).

Pihak PPKT telah memulakan persiapan pada Isnin, 10 Oktober, bagi penyediaan talian rangkaian selepas pihak BHEPA menetapkan ‘layout’ dan menyediakan kelengkapan perabut kerusi dan meja yang akan digunakan semasa proses pemilihan. Untuk Kampus Induk sahaja, jumlah keseluruhan sebanyak 119 unit PC digunakan iaitu melibatkan 35 unit PC untuk e-Pemilih, 70 unit PC untuk e-Pilih dan 14 unit PC untuk kegunaan urusetia dibekalkan oleh PPKT bagi keseluruhan 4 pusat pemilihan. Kemudahan lain seperti penggunaan smart card reader serta video conferencing melibatkan 3 buah kampus juga telah disediakan. Pada Rabu, 12 Oktober, satu sesi ‘mock’ e-Pilih dengan disaksikan oleh Naib Canselor, TNC BHEPA, Pengarah PPKT serta pelbagai kategori staf yang terlibat telah diadakan dengan jayanya.

Syabas!! Kepada Semua Staf PPKT Yang Telah Membantu Menjayakan Proses Pemilihan MPP 2016!

 

Teks :    Abdul Rashid

Gambar: Para Jurufoto PPKT