Skip to main content

Program Transformasi Staff PPKT@BTN Kaki Bukit

 

BTN Kaki Bukit 4 6Nov16

4 - 6 November 2016 - Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi dengan kerjasama Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Latihan Transformasi Negara Staf Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi bertempat di Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis. Program ini melibatkan seramai 99 orang peserta yang terdiri daripada staf PPKT Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan IPPT.

Objektif program adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan staf PPKT di keempat-empat kampus. Antara program yang diadakan termasuk wacana minda, ‘ice breaking’, larian berhalangan, ‘survival cooking’, solat berjemaah, bacaan Yassin serta aktiviti dalam kumpulan. Semua aktiviti ini juga turut disertai oleh CIO/Pengarah PPKT iaitu Encik Zulham Hamdan dan Timbalan-Timbalan Pengarah PPKT yang hadir sebagai peserta.

Matlamat utama program untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan telah dapat dicapai dengan jayanya diakhir program.

 

Teks: Aznizam Bukhari

Foto: Md Badro / Arif