Mesyuarat Agung Tahunan Kelab PPKT 2016/2017
11 Julai 2017 – Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi (Kelab PPKT) telah menjalankan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi sesi 2016/2017. Mesyuarat ini bertujuan supaya ahli jawatankuasa dapat menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti kelab yang telah dijalankan serta pembentangan perbelanjaan sepanjang sesi 2016/2017.
Aturcara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Kelab PPKT, Encik Md Badro Hishan Bin Ibrahim. Seterusnya ucapan oleh CIO Pusat Pengetahuan, Komunikasi Dan Teknologi, Encik Zulham Hamdan selaku Penasihat Kelab PPKT. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyampaikan hasrat dan harapan beliau kepada Kelab PPKT serta menceritakan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan Kelab PPKT.
Seterusnya pembentangan aktiviti kelab disampaikan oleh Cik Nur Syafika Nadiah selaku setiuasaha Kelab PPKT bagi sesi 2016/2017. Aturcara diteruskan dengan sesi pembentangan perbelanjaan yang telah disampaikan oleh Encik Norizan. Kelab PPKT sesi 2016/2017 seterusnya dibubarkan secara rasminya oleh Presiden Kelab sesi 2016/2017, Encik Md Badro Hishan Bin Ibrahim. Selepas itu aturcara diteruskan dengan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru untuk sesi 2017/2018.
Senarai ahli jawatankuasa yang baru sesi 2017/2018 adalah seperti berikut : -
- Presiden - En. Mahadi Bin Yusof
- Timbalan Presiden - En. Fikry Bin Azizan
- Setiausaha - Cik Santi Bin Jafar
- Penolong Setiausaha - Puan Falina Binti Afendi
- Bendahari - Dr. Fardzah Binti Sulaiman
- Penolong Bendahari - En. Ahmad Khalil Salahudin Bin Yusop
- Wakil Kumpulan A - En. Noridzwan Bin Baser
- Wakil Kumpulan B - En. Razif Junaidy Bin Osman
- Wakil Kumpulan C & D - En. Zhafri Bin Abd Wahab
- Juruaudit 1 - En. Khairil Anwar Bin Jusoh
- Juruaudit 2 - En. Irfan Afif Bin Abdul Fatah
Selesai sesi perlantikan ahli jawatankuasa baru, majlis diakhiri dengan ucapan dari Presiden Kelab PPKT yang baru dan sedikit jamuan makan. Semoga Kelab PPKT terus maju dan berjaya dalam penganjuran aktivitinya.
Teks : Nizam
Foto: Ben