Skip to main content

Bisnes@PPKT

Program Pembelajaran Berterusan (PPB)

Pengenalan

PPB Logo

Program Pendidikan Berterusan anjuran Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) merupakan satu program khidmat masyarakat dalam menyebarkan pengetahuan dan kemahiran berkenaan teknologi maklumat khususnya penggunaan perisian-perisian asas untuk tujuan peribadi atau pun kegunaan pejabat bagi meningkatkan pengetahuan dan skil kerja peserta.

Program ini dilaksanakan dalam bentuk kerjasama dengan Pusat-pusat Latihan Komputer (PLK) yang bertauliah. Pusat-pusat latihan yang berminat boleh mengemukakan permohonan untuk menjalin kerjasama dengan PPKT. Kepada yang berminat, borang boleh dimuat turun di menu Borang Permohonan di sebelah.

Anggota masyarakat seperti pelajar sekolah, pelajar IPT, penjawat awam dan swasta serta usahawan, boleh mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di PLK yang terdekat. Mereka yang mendaftar di PLK yang tersenarai di dalam direktori PLK akan diberi latihan berdasarkan MODUL dan silibus dari USM. Di akhir kursus , para pelajar yang lulus ujian dan peperiksaan akan dianugerahkan SIJIL LITERASI daripada PPKT USM

Objektif

  • Menghasilkan tenaga kerja yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat khususnya bidang automasi pejabat, grafik, internet dan multimedia.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai teknologi maklumat dan kegunaannya agar ia dapat diterapkan dalam tugasan harian bagi mewujudkan masyarakat berpengetahuan.
  • Menyediakan peluang kepada mereka yang telah bekerja untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.
  • Membuka ruang kepada mereka yang tidak berpeluang menyambung pengajian di peringkat tinggi dalam meningkatkan pengetahuan mengenai teknologi maklumat.
  • Menyumbang kepada pembangunan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti.
  • Membantu menggalakkan kreativiti, daya saing, pekerjaan dan pertumbuhan semangat keusahawanan di kalangan peserta.
  • Meningkatkan kemahiran sedia ada dengan mempelajari maklumat terkini yang sentiasa berubah dari masa ke semasa.
  • Menambah pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat agar sentiasa peka dengan perkembangan terkini.

Visi & Misi

Misi

Menyediakan Latihan ICT yang kompeten dan berkesan

Visi

Pemangkin kepada kemahiran dalam bidang teknologi maklumat

Panduan Permohonan

PanduanPermohonan New

Hubungi Kami

PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN
Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi,
Universiti Sains Malaysia,
11800 USM, Penang,
Malaysia

Tel: +604-653 2538/ 4244
Fax: +604-656 1012
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.