Skip to main content

Seksyen Perkhidmatan Awan

OBJEKTIF

Seksyen Perkhidmatan Awan (SPA), Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi berperanan memberi perkhidmatan sokongan kepada warga universiti untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan awan. SPA berfokus di kalangan staf dan pelajar USM bagi meningkatkan produktiviti dan kolaborasi di dalam pentadbiran dan pengurusan Universiti.

SKOP

Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, perlaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan serta khidmat nasihat untuk perkhidmatan sokongan ICT yang berterusan.

1. PERKHIDMATAN EMEL

Memastikan Perkhidmatan Emel berjalan dengan lancar pada setiap masa untuk kemudahan pelajar dan staf Universiti.

  1. Menyediakan Perkhidmatan Pentadbir Emel Jabatan secara kendiri.
  2. Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi emel.
  3. Penyelesaian aduan atau Permohonan Perkhidmatan Emel di Servisdesk@PPKT.
  4. Memberi khidmat-bantuan kepada staf dan pelajar USM perihal perisian emel.
  5. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna akaun yang telah digodam. (hacked account)
  6. Mengenalpasti keperluan dan penciptaan Distribution Group
  7. Mencipta identiti Jabatan untuk kegunaan Aktiviti Generik Universiti.

2. MS CALENDAR

  1. Memastikan Perkhidmatan Kalendar berjalan dengan lancar pada setiap masa untuk kemudahan staf Universiti.
  2. Menyokong Perkhidmatan sharing calendar di antara Ketua Jabatan dan staf berkaitan.
  3. Memudahkan penjadualan dan susun atur Mesyuarat/event berkaitan sekaligus meningkatkan produktiviti staf.
  4. Menyediakan dokumentasi berkaitan penggunaan kalendar di dalam Organisasi USM

3. SHAREPOINT ONLINE

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan storan berasaskan ‘cloud’ yang digunakan untuk menyimpan, berkongsi dan mengurus maklumat digital dalam sesebuah organisasi. Microsoft Sharepoint Online adalah satu platform storan yang selamat untuk digunakan di USM.

MICROSOFT SHAREPOINT ONLINE

  1. Mencipta tapak sharepoint berdasarkan permohonan dan keperluan pengguna.
  2. Mencadangkan struktur dokumen dan app yang berkaitan dan bersesuaian tapak sharepoint.
  3. Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi MS Sharepoint.
  4. Memberi khidmat-bantuan kepada staf dan pelajar USM perihal perisian Sharepoint.

4. ONE DRIVE

Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk perkhidmatan storan berasaskan ‘cloud’ yang digunakan untuk menyimpan, berkongsi dan mengurus maklumat digital dalam sesebuah organisasi. OneDrive adalah satu platform storan peribadi yang selamat untuk digunakan di USM.

ONEDRIVE (PERSONAL STORAGE)

  1. Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi OneDrive.
  2. Memberi khidmat-bantuan kepada staf dan pelajar USM perihal perisian OneDrive

5. MS TEAMS

Merancang dan mengkaji feasibiliti aplikasi MS Teams di dalam Organisasi USM. Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada warga universiti di dalam penggunaan aplikasi Microsoft Teams.

  1. Menggunakan powershell bagi pengurusan teknikal Ms Teams.
  2. Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan penggunaan aplikasi Ms Teams.
  3. Menguruskan Ms Teams Live Event bagi license M365 untuk pengguna enterprise USM. Setiap event boleh mencapai kapasiti sehingga 10000 pengguna.

6. MS FORMS

Merancang dan mengkaji feasibiliti aplikasi MS Forms di dalam Organisasi USM. Memberi bantuan sokongan teknikal sepenuhnya kepada warga universiti di dalam penggunaan aplikasi Microsoft Forms.

  1. Menyediakan khidmat konsultansi berkaitan penggunaan aplikasi Ms Forms.
  2. Mengkaji MS Forms di dalam penggunaan kolaborasi aplikasi MS Sharepoint Online.

Capaian Web : https://uepd.usm.my