Seksyen Aset & Sokongan Teknikal ICT

  • Objektif & Skop

    OBJEKTIF :

    Seksyen Aset dan Sokongan Teknikal ICT yang terdiri daripada Unit Pengurusan Aset ICT dan Unit Sokongan Teknikal ICT bertanggungjawab dalam melaksanakan Pengurusan Aset ICT serta memberikan Sokongan Teknikal ICT kepada Warga Kampus ke arah Misi dan Visi USM berdasarkan sumber-sumber tersedia.

    SKOP :

    Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pelaksanaan, pengurusan, penyelarasan, pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan Pengurusan Aset ICT dan perkhidmatan Sokongan Teknikal ICT yang cekap dan berkesan.

    CARTA ORGANISASI FUNGSIAN 

  • UNIT PENGURUSAN ASET ICT

    FUNGSI :

    1. PENGURUSAN ASET ICT PPKT

    1. Mengurus dan memantau tatacara pengurusan aset alih universiti bagi alatan ICT PPKT.
    2. Mengurus pendaftaran perolehan ICT PPKT mengikut tatacara pengurusan aset alih universiti.
    3. Penyelarasan kawalan dan pemeriksaan aset ICT yang diagihkan ke PTJ.
    4. Bertanggungjawab dalam proses penerimaan dan pendaftaran aset ICT.
    5. Bertanggungjawab dalam proses pengagihan aset ICT terutamanya komputer kepada staf USM.
    6. Bertanggungjawab dalam proses pengagihan komputer kepada makmal pengajaran dan pembelajaran di PTJ melalui perolehan berpusat oleh PPKT.
    7. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan/refurbish komputer yang dipulangkan dan untuk diagihkan semula.
    8. Memastikan rekod peminjam komputer sentiasa dikemaskini.
    9. Membuat lawatan pemeriksaan kepada aset ICT yang masih aktif di jabatan secara berkala.
    10. Mengumpul dan mengkategorikan aset ICT PPKT untuk pelupusan.
    11. Menyediakan dokumen berkaitan bagi proses pelupusan aset ICT PPKT.
    12. Menyokong dalam program atau aktiviti PPKT/universiti yang melibatkan pinjaman peralatan komputer.
    13. Penyediaan aset komputer untuk projek sumbangan sosial (berdasarkan permintaan).
    14. Menyediakan laporan dan dokumen berdasarkan KEW.PA dan laporan-laporan yang memenuhi keperluan pengurusan PPKT, Jabatan Bendahari serta audit (dalam/luar).

    2. PELUPUSAN ASET ICT USM

    1. Memproses permohonan pelupusan aset ICT USM.
    2. Melaksanakan pemeriksaan aset ICT yang akan dilupuskan oleh PTJ.
    3. Menyediakan laporan dan dokumen berkaitan pemeriksaan pelupusan aset ICT oleh PTJ.
    4. Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer (JPPK) Universiti.
    5. Menerima peralatan ICT dari PTJ yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer untuk pelupusan.
    6. Melaksana proses pengisihan peralatan ICT yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer untuk pelupusan.
    7. Menyediakan maklumat terperinci bagi proses panggilan sebutharga peralatan ICT yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer untuk pelupusan.
    8. Memantau proses pengambilan aset ICT yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelupusan Peralatan Komputer untuk pelupusan oleh penyebutharga yang berjaya.

    3. PELUPUSAN ASET ICT AGENSI KERAJAAN

    1. Bertindak sebagai Juru Audit Luar kepada agensi kerajaan untuk menganalisa dan memproses permohonan pelupusan aset ICT.
    2. Bertindak sebagai Juru Audit Luar kepada agensi kerajaan untuk membuat pemeriksaan aset ICT yang akan dilupuskan.
    3. Menyediakan laporan dan dokumen berkaitan pemeriksaan pelupusan aset ICT oleh agensi luar.
  • UNIT SOKONGAN TEKNIKAL ICT

    FUNGSI :

    1. PERKHIDMATAN SERVISDESK ICT

    1. Menawarkan perkhidmatan kaunter untuk menerima aduan daripada pelajar/staf melalui panggilan telefon atau secara walk in.
    2. Menjawab panggilan telefon, merekod dan menyelesaikan aduan yang diterima.
    3. Menyemak dan menyelesaikan aduan yang diterima melalui email rasmi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
    4. Mengagih tiket aduan yang diterima melalui Sistem ServisDesk kepada petugas oncall.
    5. Menerima alatan ICT USM untuk pembaikan.
    6. Menerima permohonan bantuan teknikal melalui Sistem ServisDesk.

    2. PERKHIDMATAN ONCALL

    1. Melaksanakan onsite troubleshooting mengikut aduan yang diterima melalui Sistem ServisDesk (PTJ dan Dewan Kuliah).
    2. Menyemak dan mengemaskini tiket oncall Sistem Servisdesk yang diterima.

    3. BENGKEL PERKHIDMATAN PEMBAIKAN PERALATAN ICT

    1. Melaksanakan khidmat pembaikan peralatan ICT yang diterima melalui kaunter ServisDesk.
    2. Mengemaskini borang pembaikan peralatan ICT untuk tugas-tugas yang telah diselesaikan.

    4. PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN KAD PINTAR

    1. Penyelenggaraan dan penyelarasan semua perkakasan berkaitan Kad Pintar.
    2. Pemantauan dan penyelarasan sistem/perisian yang berkaitan dengan Kad Pintar.
    3. Sokongan cetakan secara pukal untuk Kad Pelajar.

    5. KERJA PERUNDINGAN DAN SOKONGAN TEKNIKAL ICT

    Melaksanakan kerja-kerja perundingan dan sokongan teknikal ICT untuk aktiviti-aktiviti rasmi universiti secara berkala atau atas permintaan dari semasa ke semasa.

    6. PELAPORAN BENGKEL PEMBAIKAN PERALATAN ICT DAN PEROLEHAN ALATAN KAD PINTAR

    1. Menyediakan pelaporan tahunan untuk aduan/permohonan perkhidmatan teknikal yang diterima melalui Sistem ServisDesk.
    2. Menyediakan pelaporan tahunan untuk Bengkel Pembaikan Alatan ICT.
    3. Menyediakan pelaporan kad kosong dan kad pintar USM kepada Jabatan Bendahari.
    4. Melaksanakan proses perolehan alatan yang berkaitan dengan Kad Pintar.

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2024