Skip to main content

Program Tanggungjawab Sosial Korporat anjuran PPKT USM dan Kariah Kampung Genting, Balik Pulau

USM 1 Jun 2023 - Seramai 35 orang anak-anak kariah Kampung Genting, Balik Pulau telah menyertai Kursus ICT Program Tanggungjawab Sosial anjuran Pusat Pengetahuan, Komunikasi, dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM) . Program ini diadakan bersama Kariah Kampung Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dalam program yang diadakan selama dua hari ini, 18 orang peserta sekolah menengah dan 17 peserta sekolah rendah.

ProgramCSR PPKT merupakan satu initiatif baharu bermula 2023 sebagai aktiviti kebajikan sosial masyarakat setempat bagi perkongsian pengetahuan serta memperkenalkan ICT PPKT USM kepada masyarakat. Program CSR ini, berlandaskan tumpuan ke-3 Naib Canselor, melestari libat sama komuniti.

Program CSR pada kali ini dilaksanakan selama 2 hari untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.  Ia merangkumi 4 kursus ICT iaitu Kursus Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) dan Kusus Keselamatan Siber. Program CSR PPKT melibatkan jalinan kerjasama dan mewujudkan jalinan komunikasi dua hala peserta program dan PPKT USM.

CSR2023 02  

Video youtube: https://www.youtube.com/watch?v=PEfXrnCufBI

CSR01