Skip to main content

PPKT-KKAUSM memperkasa pegetahuan ICT anak-anak staf golongan B40

PPKT 25 Jun – Seramai dua puluh lima orang peserta telah menghadiri Kursus Celik IT yang diadakan di Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM).

Kursus anjuran Kesatuan Kakitangan Am, USM (KKAUSM) dengan kerjasama Seksyen Korporat dan Latihan, Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat, PPKT ini memberi manfaat kepada anak-anak staf dari golongan B40 yang majoritinya tiada komputer di rumah.

Timbalan Pengarah PPKT Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Korporat, Dr. Fardzah binti Sulaiman dalam ucapan perasmiannya meminta peserta mengambil peluang yang ada untuk memperkasa pengetahuan IT bagi mendepani cabaran zaman revolusi industri 4.0 , data raya, blockchain dan metaverse.

Presiden KKAUSM En Ahmad Rizwan bin Zulkharnain memuji kejayaan sesi program hari itu. Program pada hari ini menjadi pemicu untuk program ini diperluaskan ke kampus lain, ahli Cuepacs, dan ke pantai timur.

Setelah ucapan aluan, kursus dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kampus Induk KKAUSM, Encik Mohamad Khusaini bin Jamaluddin.

Sesi kursus dimulakan dengan kursus Microsoft Word yang disampaikan oleh Puan Suhaini Ahmad. Peserta didedahkan dengan tip-tip dan trik-trik penggunaan Microsoft Word.

Pada sebelah petangnya, peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu untuk menjadikan persembahan Powerpoint lebih 'power' dan menarik menerusi tajuk "Power your Powerpoint" oleh Ketua Seksyen Korporat dan Latihan, Pn. Azura Marican

Hasil tinjauan kaji selidik, rata-rata peserta memuji penganjuran program kali ini