Seksyen SMU Staf & Pelajar

Objektif

Seksyen ini bertanggungjawab di dalam merancang dan memberi perkhidmatan kepada pembangunan sistem aplikasi utama universiti berkaitan Staf, Sumber Manusia, Pelajar dan Hal Ehwal Akademik bagi menyokong Pengurusan Pentadbiran, Penyelidikan dan Inovasi serta Pengajaran dan Pembelajaran di ketiga – tiga kampus. Seksyen ini turut melihat kepada penyediaan serta penggunaan data yang lebih berintegrasi dengan pihak lain yang memerlukan.

Skop

Skop seksyen ini memberi perkhidmatan kepada Sistem Maklumat Universiti Staf dan Sistem Maklumat Universiti Pelajar.

Terdapat 2 unit di bawah seksyen ini iaitu Unit Sistem Maklumat Universiti Pelajar dan Unit Sistem Maklumat Universiti Staf.

Fungsi Unit Sistem Maklumat Universiti Pelajar :

  1. Mengurus dan menyelaras pembangunan sistem aplikasi dan pangkalan data pelajar bagi ketiga – tiga kampus.
  2. Mengawal selia proses-proses utama Universiti yang melibatkan hal ehwal akademik dan pelajar.
  3. Bertanggungjawab di dalam pembangunan aplikasi sistem / modul yang melibatkan hal ehwal akademik dan pelajar.
  4. Bertanggungjawab di dalam fasa – fasa pembangunan aplikasi seperti berikut :
    • Menganalisa dan mengkaji keperluan yang diberikan oleh pengguna.
    • Merekabentuk sistem aplikasi / modul dan pangkalan data yang terlibat berdasarkan kajian keperluan pengguna.
    • Membangunkan sistem aplikasi / modul yang telah dipersetujui bersama pihak pengguna.
    • Menguji sistem aplikasi / modul yang telah dibangunkan sebelum diserahkan kepada pihak pengguna.
    • Melaksanakan sistem aplikasi / modul selepas mendapat pengesahan pengujiaan penerimaan pengguna.
  5. Memastikan dokumentasi teknikal sesebuah sistem aplikasi / modul disediakan dan sentiasa terkemaskini untuk rujukan kumpulan pembangun.
  6. Bertanggungjawab membuat analisis dan semakan hasil daripada aduan pihak pengguna serta mencari penyelesaian pantas jika keperluan mendesak.
  7. Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem aplikasi yang dibangunkan dan diselenggara.
  8. Melaksanakan proses penambahbaikan semula sistem aplikasi / modul mengikut keperluan terkini pihak Pengurusan Universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi.
  9. Menyediakan pelaporan / data-data berkaitan Pelajar dan Akademik bagi keperluan Pusat Tanggungjawab, Bahagian Pengurusan Akademik, Pengurusan Tertinggi Universiti serta agensi luar.
  10. Menyediakan sistem aplikasi yang membantu memudahkan pengurusan pengoperasian berkaitan hal ehwal Akademik dan Pelajar.
  11. Memberikan bantuan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap sistem aplikasi / modul yang diselenggara.
  12. Menjadi medium perantara supaya proses manual dapat ditransformasikan ke proses yang lebih mudah dan efisien menggunakan bantuan teknologi IT
  13. Mengkali aliran proses kerja di peringkat pengguna supaya lebih memahami keperluan dan juga membantu di dalam penyediaan keperluan baharu serta penambahbaikan yang diperlukan.
  14. Mengkaji semula sistem legasi dan merancang kepada perubahan yang lebih memudahkan pihak pengguna sesuai dengan peredaran teknologi masa kini.

Fungsi Unit Sistem Maklumat Universiti Staf

  1. Mengurus dan menyelaras pembangunan sistem aplikasi dan pangkalan data staf bagi ketiga – tiga kampus.
  2. Bertanggungjawab di dalam pembangunan aplikasi sistem / modul yang melibatkan hal ehwal sumber manusia dan staf.
  3. Mengawal selia proses-proses utama Universiti yang melibatkan hal ehwal sumber manusia dan pelajar
  4. Bertanggungjawab di dalam fasa – fasa pembangunan aplikasi seperti berikut :
    • Menganalisa dan mengkaji keperluan yang diberikan oleh pengguna.
    • Merekabentuk sistem aplikasi / modul dan pangkalan data yang terlibat berdasarkan kajian keperluan pengguna.
    • Membangunkan sistem aplikasi / modul yang telah dipersetujui bersama pihak pengguna.
    • Menguji sistem aplikasi / modul yang telah dibangunkan sebelum diserahkan kepada pihak pengguna.
    • Melaksanakan sistem aplikasi / modul selepas mendapat pengesahan pengujiaan penerimaan pengguna.
  5. Memastikan dokumentasi teknikal sesebuah sistem aplikasi / modul disediakan dan sentiasa terkemaskini untuk rujukan kumpulan pembangun.
  6. Bertanggungjawab membuat analisis dan semakan hasil daripada aduan pihak pengguna serta mencari penyelesaian pantas jika keperluan mendesak.
  7. Memastikan ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem aplikasi yang dibangunkan dan diselenggara.
  8. Melaksanakan proses penambahbaikan semula sistem aplikasi / modul mengikut keperluan terkini pihak Pengurusan Universiti atau Kementerian Pengajian Tinggi.
  9. Menyediakan pelaporan / data-data berkaitan hal ehwal Sumber Manusia dan Staf bagi keperluan Pusat Tanggungjawab, Bahagian Sumber Manusia, Pengurusan Tertinggi Universiti serta agensi luar.
  10. Menyediakan sistem aplikasi yang membantu memudahkan pengurusan pengoperasian berkaitan hal ehwal Sumber Manusia dan Staf.
  11. Memberikan bantuan perkhidmatan sokongan teknikal terhadap sistem aplikasi / modul yang diselenggara.
  12. Mengkali aliran proses kerja di peringkat pengguna supaya lebih memahami keperluan dan juga membantu di dalam penyediaan keperluan baharu serta penambahbaikan yang diperlukan.
  13. Mengkaji semula sistem legasi dan merancang kepada perubahan yang lebih memudahkan pihak pengguna sesuai dengan peredaran teknologi masa kini.

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2022