Seksyen SMU Klinikal & Kewangan

Objektif

  1. Membantu dan menyokong operasi pemegang taruh dengan mengaplikasikan teknologi dan kepakaran yang ditawarkan oleh PPKT
  2. Mengotomasikan proses manual kepada digital untuk menghasilkan kerja yang efisyen, memudahkan proses kerja dan meningkatkan produktiviti.
  3. Membantu pemegang taruh meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna mereka

Skop

Perkhidmatan yang diberikan merangkumi keperluan ICT di Pusat Sejahtera di Kampus Induk, Unit Kesihatan di Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Bendahari di ketiga-tiga kampus.

Perkhidmatan

  1. Mengurus, merancang dan membangunkan sistem baru yang diperlukan bagi melancarkan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pemegang taruh
  2. Bertanggungjawab dalam setiap fasa pembangunan aplikasi seperti berikut :
    1. Menganalisa dan mengkaji keperluan pengguna
    2. Merekabentuk aplikasi dan pangkalan data yang terlibat
    3. Membangunkan aplikasi yang telah dipersetujui bersama pemegang taruh
    4. Menguji aplikasi yang dibangunkan sebelum diserahkan kepada pemegang taruh
    5. Implementasi aplikasi selepas mendapat pengesahan daripada pemegang taruh
  3. Memantau, menambahbaik dan menyelenggara sistem dari semasa ke semasa
  4. Mengkaji semula sistem sedia ada untuk ketersediaan dan kebolehpercayaan sistem selari dengan keperluan dan perubahan semasa
  5. Menyelaras keperluan-keperluan yang berbeza untuk dijadikan satu keperluan yang standard dan digunakan di dalam aplikasi yang dibangunkan
  6. Menyediakan laporan dan data statistik untuk kegunaan pemegang taruh
  7. Memberi bantuan sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada pemegang taruh

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2022