Seksyen Korporat & Latihan

  • Objektif & Skop

    Objektif

    Seksyen Korporat & Latihan (SKL), Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) berperanan dalam menganjurkan kursus ICT, menyelaras program latihan ICT untuk tujuan pembelajaran & pengajaran bagi meningkatkan kompetensi warga USM. Ianya juga berperanan dalam meningkatkan kesedaran dan kemahiran ICT bagi tujuan peningkatan profesionalisme warga USM bagi membentuk modal insan yang berkemahiran tinggi dan dominan serta merentasi pelbagai bidang. Selain itu, seksyen ini juga berperanan dalam mencari peluang dan ruang bagi penjanaan kewangan PPKT melalui perkhidmatan serta produk sedia ada (AS-IS) serta meninjau peluang yang boleh meningkatkan penjanaan kaewangan serta penjimatan (TO-BE)

    Skop

    Skop perkhidmatan merangkumi perancangan, pengurusan, penyelarasan perlaksanaan pemantauan, penambahbaikan dan perundingan untuk perkhidmatan pembangunan insan yang holistik dan penjanaan kewangan.

  • Unit Latihan

    Mengenalpasti keperluan latihan, merancang dan menganjurkan kursus secara dalaman dan luaran serta menguruskan perihal latihan bagi keperluan kemahiran teknikal dan kemahiran pengurusan. 

    • Perancangan, pengurusan dan perlaksanaan Latihan ICT MyCPD untuk warga staf USM
    • Perancangan, pengurusan dan perlaksanaan Program Pendidikan Berterusan (PPB)Perancangan, pengurusan dan perlaksanaan Latihan Kepakaran MBOT
    • Perancangan, pengurusan dan perlaksanaan Latihan Fungsian (Skim F)
    • Perlaksanaan Latihan IT Skill Assessment and Certification (ISAC)
    • Perlaksanaan kerja perundingan Latihan ICT
    • Mengenal pasti keperluan dan pembangunan modul Latihan ICT
    • Pengurusan Siri Ceramah Tech Talk dan perkongsian ilmu
    • Pengurusan Tempahan Makmal Komputer kepada warga USM termasuk staf dan pelajar
    • Pengurusan Sewaan Ruang kepada masyarakat luar untuk penjanaan pendapatan
    • Penyelenggaraan dan perundingan peralatan peranti hardware & software
  • Unit Korporat

    Mengenalpasti perkhidmatan ICT/produk yang memenuhi permintaan pusat tanggungjawab (PTJ) dengan perlaksanaan penjimatan kewangan universiti dan penjanaan kewangan PPKT (CBCI – Confirm Business Confirm Income). Mencari peluang dan ruang bagi penjanaan kewangan melalui produk serta perkhidmatan sedia ada (AS-IS) serta memperkembangkan kepada perkhidmatan serta produk yang dijangka boleh menjanakan kewangan serta penjimatan (TO-BE). Serta melakukan pemasaran secara strategik kepada warga USM serta masyarakat luar.

    • Memperkasakan aktiviti-aktiviti penjanaan pendapatan melalui produk serta perkhidmatan ICT sedia ada (AS-IS).
    • Menjana idea baru bagi aktiviti-aktiviti atau sumber yang dapat mempertingkatkan penjanaan pendapatan dalaman PPKT (TO-BE).
    • Pemasaran produk serta perkhidmatan ICT sedia ada kepada warga USM serta masyarakat luar.
    • Pemasaran produk percetakan, sewaan perkhidmatan Bilik Hijau (Green Room).
    • Pemasaran perkhidmatan latihan ICT (Pentauliahan Kepakaran MBOT).
    • Melakukan Penjimatan kewangan PPKT melalui pemasaran perkhidmatan ICT/produk.

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Aras 2, Kompleks Eureka, 
Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, 
Pulau Pinang, Malaysia

  •   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  •   +604-656 1012

  •   +604-653 4244 / 4400

Penafian

PPKT USM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

All Rights Reserved
PPKT Universiti Sains Malaysia © 2022