Skip to main content

Riang Riuh Raya PPKT 2024

Tarikh : 29 April 2024 (Jumaat)
Jam : 9.30 pagi

Sebuah program sambutan Hari Raya Aidilfitri PPKT yang diberi nama "Riang Riuh Raya PPKT" telah diadakan di hadapan foyer Bangunan Eureka USM.

Sambutan yang berkonsepkan "Potluck" ini menyediakan pelbagai juadah seperti kambing golek, sate, ketupat, lemang, nasi berlauk, laksa, roti jala, cucur udang dan pelbagai jenis hidangan manisan hasil sumbangan dari setiap seksyen di PPKT Induk.

Program yang bermula pada jam 9.30 pagi diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Industri, Jaringan Komuniti dan Kelestarian Institusi) USM, Professor Dr. Azlan Amran dan juga bekas staf serta pesara PPKT.

Dalam majlis tersebut juga telah diadakan sambutan hari lahir bagi staf PPKT yang dilahirkan pada bulan Mac dan April. Juga pengumuman senarai AJK baharu Kelab PPKT bagi sesi 2024/26 hasil dari undian online yang telah diadakan sebelum itu.

Laporan & Gambar : Noridzwan (Media Kreatif PPKT)

Gambar