Skip to main content

Sambutan Mai Pakat Beraya USM 2024

Tarikh : 19 April 2024 (Jumaat)
Jam : 2.15 petang

Bersempena dengan sambutan Mai Pakat Beraya USM, yang berlangsung di perkarangan Bangunan The Bricks, USM. PPKT yang di wakili oleh pasukan K.A.S.I.H@PPKT telah diamanahkan untuk menyediakan sebuah gerai yang menyediakan "Ayaq Balang Viral".

Persediaan dan hiasan gerai tersebut telah dibuat oleh staf-staf dari Bahagian Korporat & Sokongan ICT. Bermula selepas solat Jumaat, gerai PPKT yang menyediakan sebanyak 8 jenis air balang pelbagai perisa mula dibanjiri dengan pengunjung. Oleh kerana keadaan cuaca yang sangat panas pada waktu tersebut, maka "Ayaq Balang Viral" mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pada petang tersebut juga, staf PPKT, En. Noridzwan bersama dengan DB Band dari Dewan Budaya telah membuat persembahan lagu-lagu hari raya. Manakala En. Fairuz dinobatkan sebagai pemenang Pakaian Lelaki Terbaik majlis bagi tersebut.

Laporan : Noridzwan (Media Kreatif PPKT)
Gambar : Adnan, Selihan, Afzan, Shahrul Ismi, Noridzwan

Gambar